Friday

INFO : KAVEAT



APAKAH MAKSUD HARTANAH YANG ADA "KAVEAT"??

KAVEAT bermaksud sekatan atau halangan; adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya.

Terdapat 4 (empat) jenis kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)

1. Kaveat Pendaftar - Kaveat yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, Antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari perbuatan / urusniaga fraud ataupun urus niaga yang tidak wajar.

2. Kaveat Persendirian- Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hertanah tersebut. (Seksyen 322)

3. Kaveat Pemegang-Lien- Kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan pinjaman bank. (Seksyen 330)

4. Kaveat Amanah- Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut (Seksyen 332)

Kesan Kaveat dari segi Undang-undang ?
Kesan dari segi undang-undang adalah apabila dimasukkan kaveat ke atas sesuatu hartanah itu, ia akan menghalang apa-apa urus niaga daripada berlaku seperti menjual, menggadai atau menyewakan hartanah tersebut.

Bagaimana Kaveat Terbatal?
Kaveat hanya akan terbatal apabila individu yang memasukkan kaveat itu menarik kembali kaveatnya ataupun apabila kaveat telah tamat tempoh. Contohnya kaveat persendirian hanya bertahan selama 6 (enam) tahun.

Siapa boleh lakukan Kaveat ?
Suami / isteri, bank, adik beradik ; boleh lakukan kaveat.

Mana-mana pihak yang merasakan dirinya ada kepentingan terhadap sesuatu hartanah; sama ada tanah atau bangunan, dia berhak untuk masukkan kaveat bagi melindungi hak dan kepentingannya.

Sebagai contoh, jika anda telah membayar sejumlah wang untuk membeli sesuatu hartanah tetapi urusan pindah milik belum dapat diselesaikan, maka anda berhak untuk memasukkan kaveat bagi menjaga kepentingan anda.

Perlu tunjukkan bukti yang anda telah membuat bayaran tertentu ke atas hartanah itu, iaitu dokumen sokongan.

Sekiranya satu urusan pusaka belum selesai, anda boleh melakukan kaveat untuk mengelakkan sebarang salah laku pecah amanah.

Suami isteri yang sedang dalam proses cerai juga boleh memasukkan kaveat bagi mengelakkan apa-apa transaksi, sementara mahkamah memutuskan pembahagian harta sepencarian.

Selain itu, pihak bank juga berhak memasukkan kaveat sekiranya mendapati peminjam mencagarkan harta mereka untuk mendapat pinjaman. Di situ terdapat kepentingan terhadap pihak yang mengkaveatkan hartanah itu.

Cara untuk Melakukan Kaveat
Cara untuk melakukan kaveat hanya perlu berurusan dengan pejabat tanah sahaja. Memandangkan hartanah yang dikaveatkan tidak boleh dibuat sebarang urus niaga (jika kaveat tidak tamat tempoh atau ditarik balik).

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan membuat bakal pembeli hartanah semakan / carian persendirian di pejabat tanah sebelum berkeputusan untuk membeli hartanah itu.

Kalau mahu membeli hartanah lelong yang ada kaveat, ia agak merumitkan malah boleh tergadai balik rumah tersebut. Untuk withdraw kaveat mengambil masa 2 bulan apabila membeli rumah lelong, tempoh masa diberikan hanya 90 atau 120 hari.

Apabila sudah apply withdraw kaveat hampir 2 bulan, jadi tinggal berapa hari sahaja lagi lepas itu, kemudian jika dapat extension kira baik. Tetapi sekiranya tidak dapat, ianya akan dilelongkan balik.

Jikalau lihat pada surat "PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN" @ P.O.S pun 'auctioneer' nasihatkan untuk buat carian di pejabat tanah.

Jadi kena pastikan di geran tesebut ada tarikh masukkan kaveat dan Withdraw kaveat. Jikalau tiada kaveat, ia mesti ada yang daftar dan ada yang tarik balik, maka haruslah diperhatikan betul-betul.

Sekiranya transaksi anda terhalang disebabkan wujudnya kaveat, maka tuanpunya tanah atau mereka yang menentang kaveat itu perlu membawa perkara ini ke mahkamah dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menyelesaikan isu kewujudan kaveat di atas hartanah tersebut.

Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk melantik peguam bagi mewakili anda.

Harus diingat peguam yang anda lantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli anda hanya dilantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli dan / atau untuk mengendalikan pindah milik hartanah yang anda beli.

Sekiranya ada masalah mengenai isu kaveat, anda boleh melantik peguam yang sama untuk mengendalikan isu kaveat ini (sekiranya peguam tersebut bersetuju) atau anda boleh melantik peguam lain.

Ini bermakna ada anda perlu menanggung kos guaman secara berasingan dalam hal ini. Kos guaman dalam hal ini adalah berbeza, bergantung kepada peguam / firma yang mengendalikan perkara ini.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, adalah lebih baik jika anda mendapatkan "quotation" sebelum melantik peguam dalam hal ini.

Semoga info ini memberikan manfaat… ^ ^



Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut . Terima Kasih.

** 013-3388 780 - IZZU K.T.P - 
** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -

Tuesday

INFO: DUTI SETEM



APA ITU DUTI SETEM?


Duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.

Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah.

Pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan.

Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru, duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan.

---

Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;

RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.

RM100,000 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.

Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.

Jika disimulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;

Harga Rumah

RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)


RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)

RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)

Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja.

---

Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator di link tersebut

http://1-million-dollar-blog.com/…/legal-fees-and-stamp-du…/

.. atau boleh juga melayari di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.

Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.



Semoga info ini memberikan manfaat… ^ ^



Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut . Terima Kasih.

** 013-3388 780 - IZZU K.T.P - 
** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -

Sunday

SALE: RUMAH TERES 2 TINGKAT, SETIAWANGSA

*****************************************
2 STOREY TERRACE,
 SETIAWANGSA
*****************************************


* Jenis Unit         : Teres 2 tingkat. Intermediate unit.  
* Keluasan Unit  : 1600 k/p 20' x 80'
* Pemilikan         : Hak Milik Kekal (Freehold)
* Maklumat lain   :-
  • Mempunyai Ruang Tamu yang sangat luas 
  • 3 bilik dan 3 bilik air
  • Pengubahsuaian pada Ruang tamu, tempat makan, dapur dan halaman belakang.
  • Mempunyai Kitchen Cabinet.
  • Berdekatan dengan Masjid Muaz
  • Berdepan dengan jalan besar.
  • Sapa cepat dia dapat!! Rugi kalau tidak menghubungi kami hari ini sebab memang cantik giler!! 
  • Harga memang t'baik!
*Harga Unit      : RM 950, 000.00 (Boleh dirunding)         

Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut & View rumah. Terima Kasih.
                         ** 013-3388 780 - IZZU K.T.P -  
                         ** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -




Ruang Tamu


Dapur 

Halaman Belakang

Friday

SALE: TANAH 3.4 EKAR DI SEREMBAN

*****************************************
TANAH DI  SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
*****************************************


* Jenis Unit         : Tanah untuk penempatan. 
* Keluasan Unit   : 3.4 Ekar / 148,104 kp
* Pemilikan         : Hak Milik Kekal (Freehold) / Rezab Melayu
* Maklumat lain   :-
  • Terletak di Seremban
  • Tempat yang tengah Hot!!!
  • Harga tak sampai RM8 sekaki.
  • Sapa cepat dia dapat!! Rugi kalau tidak menghubungi kami hari ini sebab Rare untuk mendapat kawasan ini.
  • Harga memang T'baik! Memang Murah!
*Harga Unit      : RM 1,150,000.00 (Boleh dirunding)         

Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut & View tanah. Terima Kasih.
                         ** 013-3388 780 - IZZU K.T.P -  
                         ** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -

**Kepada yang hendak menjual tanah boleh menghubungi Kami. Kami menyediakan khidmat untuk anda**


Tuesday

SALE:TANAH 3 EKAR, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

*****************************************
TANAH PERTANIAN,
  JELEBU, NEGERI SEMBILAN
*****************************************


* Jenis Unit         : Tanah. Pertanian (Getah)
* Keluasan Unit   : 1.275 hektar / 3.1 Ekar
* Pemilikan         : Hak Milik Sementara (Leasehold)
* Maklumat lain   :-
  • Terletak di Daerah Klawang, Jelebu.
  • Tanah 3.1 ekar. Memang besar. Kawasan berbukit.
  • Terdapat tanaman pokok getah. (Mempunyai hasil tanaman)
  • Ada akses untuk masuk ke kawasan tanah.
  • Sapa cepat dia dapat!! Rugi kalau tidak menghubungi kami hari ini kerana anda boleh mengambil untung daripada hasil tanaman untuk tanah ini.
  • Harga memang T'baik! Sangat Murah!
  • Cash buyer dialu-alukan.
*Harga Unit      : RM 80,000.00 (Untuk 3 ekar)/ 60sen Sekaki!!       

Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut & View rumah. Terima Kasih.
                         ** 013-3388 780 - EN. DIN K.T.P -  
                         ** 019-444 0152 - PN. ELLA K.T.P -

**Kepada yang hendak menjual tanah boleh menghubungi Kami**
***Kami menyediakan khidmat untuk anda***











Sunday

SALE: APARTMENT AMANSIARA,TOWNHOUSE, SELAYANG

*****************************************
APARTMENT AMANSIARA TOWNHOUSE,
 SELAYANG
*****************************************


* Jenis Unit         : Apartment.  
* Keluasan Unit  : 1197 k/p 
* Pemilikan         : Hak Milik Sementara (Leasehold)
* Maklumat lain   :-
  • Mempunyai Ruang Tamu yang sangat luas 
  • 3 bilik dan 2 bilik air
  • Tile + Grill + Partly furnished, kitchen Cabinet, plaster Ceiling with Cornice
  • Kawasan yang sangat selesa dan bagus untuk didiami, Gated, 24 hours security with access card system
  • Memang T'BAIK!! untuk buat Investment kerana Harga rumah yang murah dan sentiasa meningkat..  Memang berbaloi.
  • Sapa cepat dia dapat!! Rugi kalau tidak menghubungi kami hari ini sebab memang cantik giler!! 
  • Harga memang t'baik!
*Harga Unit      : RM 385, 000.00 (Boleh dirunding)         

Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut & View rumah. Terima Kasih.
                         ** 013-3388 780 - IZZU K.T.P -  
                         ** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -
Kitchen


Kitchen Cabinet


Interior design yg menarik

Ruang ke bilik





Monday

SALE: TANAH PERTANIAN, KUALA PILAH, N.SEMBILAN

*****************************************
TANAH PERTANIAN,
  KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
*****************************************


* Jenis Unit         : Tanah. Pertanian (Getah)
* Keluasan Unit   : 1.2141 hektar / 3 Ekar/ 130,680 Sq Ft 
* Pemilikan         : Hak Milik Sementara (Leasehold) , Rezab Melayu.
* Maklumat lain   :-
  • Terletak di Parit Tinggi, Kuala Pilah.
  • Terdapat tanaman pokok getah. (Mempunyai hasil tanaman)
  • Tempoh tamat pajakkan pada tahun 2093. (78 Tahun)
  • Geran 1 nama.
  • Sapa cepat dia dapat!! Rugi kalau tidak menghubungi kami hari ini kerana anda boleh mengambil untung daripada hasil tanaman untuk tanah ini.
  • Harga memang T'baik! Memang Murah!
*Harga Unit      : RM 240,000.00 / RM80,000 per ekar. (Boleh dirunding)         

Hubungi Kami untuk Keterangan lanjut & View rumah. Terima Kasih.
                         ** 013-3388 780 - IZZU K.T.P -  
                         ** 019-444 0152 - ELLA K.T.P -

**Kepada yang hendak menjual tanah boleh menghubungi Kami**
***Kami menyediakan khidmat untuk anda***